INSPIRASI MUSLIMAH SOLEHAH
SITI HAJAR
Wanita ketika cintamu disapa dengan ujian ditinggalkan, belajarlah pada ketabahan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim a.s
Hati beliau tetap tegar dan tabah saat harus berpisah jauh dengan suaminya Nabi Ibrahim a.s. Hajar diuji ketika ditinggalkan berdua dengan puteranya, Ismail di padang pasir yang tandus.
Ketika Nabi Ibrahim a.s. mahu melangkah pulang meninggalkan isteri dan anaknya, Hajar memanggil berkali-kali nama suaminya. Tetapi Nabi Ibrahim mahu bergegas pergi kerana tidak mahu akan terlihat oleh Hajjar akan air matanya yang menitis keluar.
Siti Hajar mengejar juga suaminya dan berkata, “Apakah Allah yang memerintahkan kepadamu untuk melakukan ini?”. Nabi Ibrahim menjawab pendek, “Benar.”
Maka Siti Hajar berkata, “Kalau Allah yang memerintahkan demikian ini, nescaya Dia tidak akan mensia-siakan kami.”
Keadaan padang pasir yang kepanasan dan tiada hidupan, membuatkan mereka terdera dengan rasa kelaparan dan kehausan. Siti Hajar berlari-lari dari bukit Shafa ke bukit Marwah untuk mencari sedikit bekalan air untuk dirinya dan anak Ismail.
Allah lalu mendengar doa Hajar. Setelah tujuh kali berulang alik antara dua bukit, beliau terlihat mata air yang keluar berhampiran dengan kedudukan puteranya, Ismail. Melihat hal itu, Hajar segera menuju ke mata air tersebut dan berkata, “Zum, zum!” yang bermaksud berkumpullah. Air yang penuh keberkatan itu kelak dipanggil air zam-zam. Subhanallah..Maha Suci Allah
No comments:
Post a Comment