Friday, 27 July 2018

UMMAHAT AL-MUKMININ


INSPIRASI MUSLIMAH SOLEHAH

SITI HAJAR 

Wanita ketika cintamu disapa dengan ujian ditinggalkan, belajarlah pada ketabahan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim a.s
      Hati beliau tetap tegar dan tabah saat harus berpisah jauh dengan suaminya Nabi Ibrahim a.s. Hajar diuji ketika ditinggalkan berdua dengan puteranya, Ismail di padang pasir yang tandus.
     Ketika Nabi Ibrahim a.s. mahu melangkah pulang meninggalkan isteri dan anaknya, Hajar memanggil berkali-kali nama suaminya. Tetapi Nabi Ibrahim mahu bergegas pergi kerana tidak mahu akan terlihat oleh Hajjar akan air matanya yang menitis keluar.
Siti Hajar mengejar juga suaminya dan berkata, “Apakah Allah yang memerintahkan kepadamu untuk melakukan ini?”. Nabi Ibrahim menjawab pendek, “Benar.”
Maka Siti Hajar berkata, “Kalau Allah yang memerintahkan demikian ini, nescaya Dia tidak akan mensia-siakan kami.”
   

  Keadaan padang pasir yang kepanasan dan tiada hidupan, membuatkan mereka terdera dengan rasa kelaparan dan kehausan. Siti Hajar berlari-lari dari bukit Shafa ke bukit Marwah untuk mencari sedikit bekalan air untuk dirinya dan anak Ismail.
       Allah lalu mendengar doa Hajar. Setelah tujuh kali berulang alik antara dua bukit, beliau terlihat mata air yang keluar berhampiran dengan kedudukan puteranya, Ismail. Melihat hal itu, Hajar segera menuju ke mata air tersebut dan berkata, “Zum, zum!” yang bermaksud berkumpullah. Air yang penuh keberkatan itu kelak dipanggil air zam-zam. Subhanallah..Maha Suci Allah

Friday, 12 January 2018

Buah Epal

Khasiat dan Kebaikan Buah Epal.

Ramai di antara kita yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan seperti Pie atau pencuci mulut, buah apple mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan, Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokadobuah Betikbuah Delima, buah Belimbingbiji tembikal dan buah Naga! Untuk entry kali ini di bawah saya senaraikan 10 khasiat dan kebaikan buah Apple


Epal merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak di tanam di dunia. Pokok epal berasal dari Asia Barat, Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultiva epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama

10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Apple


1) Baik untuk kesihatan

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.


2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit

Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.


3) Risiko kanser rendah

Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.


4) Mengandungi serat yang tinggi 


Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.


5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan

Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.


6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser

Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.


7) Membantu proses mengawal berat badan.

Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.


8) Bebas kolestrol dan lemak

kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan


9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)

Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.


10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin

vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.



Kismis

Khasiat dan Kelebihan Kismis


“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Antara Khasiatnya ialah

1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Keajaiban khasiat kismis

Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.

Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.

Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.

Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.

“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,” katanya.

Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.

“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.

“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.

Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.

“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.

“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.

PENCUCI mulut daripada kismis.

Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.

Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.

“Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.

“Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga,” ujar Tan Yen Sing

OREN SUNQUICK

Apa khasiat buah oren sunkist ?


Buah oren mampu memberi kesegaran yang tak terhingga , akan tetapi tahukah anda akan khasiatnya ?

Buah oren berasal dari China ribuan tahun lalu dan diperkenalkan di benua-benua Eropah. Kini ianya ditanam hampir di seluruh pelusuk dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus sinensis mampu bertahan selama 2-3 hari sekiranya disimpan pada suhu bilik. Negara Brazil merupakan pengeluar terbesar jus di dunia diikuti Amerika Syarikat.

Buah oren mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Oren kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya: 

1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka. 

Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel kanser. 

Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak. 

2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan. 

3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus

Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda. Jadi, apa tunggu lagi? Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang cantik dan badan yang sihat!

UMMAHAT AL-MUKMININ

INSPIRASI MUSLIMAH SOLEHAH SITI HAJAR   Wanita ketika cintamu disapa dengan ujian ditinggalkan, belajarlah pada ketabahan Siti Hajar,...